Tuesday, October 25, 2011

Kebersihan

Ramai orang sukakan kebersihan, Islam jugak menuntut umatnya menjaga kebersihan. Namun terdapat segelintir orang tidak kira lelaki atau perempuan yang kurang menitik berat tentang kebersihan. Kebersihan bukan sahaja dari segi pakaian dan penampilan. Yang ingin diperkatakan adalah kebersihan tandas. Aku tidak mengerti dengan orang terutama orang perempuan yang tidak mengambil berat dengan kebersihan tandas.

Tidak perlu membiarkan tandas betul-betul kotor untuk dicuci. Kalau seseorang itu mementingkan kebersihan tandas, dia akan mengambil inisiatif untuk mencuci ketika mandi. Penat bukanlah alasan untuk membiarkan tandas kotor mengalahkan tandas awam. Kita tidak berupaya dari segi kudrat, upahlah pencuci untuk mencuci tandas. Jangan biarkan tandas berkulat dan dinding dihiasi dengan pelbagai warna.

Orang kata jika hendak menilai seseorang itu dari segi kebersihan, jangan tengok ruang tamunya, tetapi tengoklah tandasnya.

Aku langsung tidak boleh menerima hakikat apabila seseorang wanita itu tidak menjaga kebersihan tandas. Tidak adakah perasaan malu pada dirinya jika orang berkunjung ke rumah dan ingin menggunakan tandas.? Tidak gelikah dia ketika berada di dalam tandas? Jika dikatakan pengotor atau pemalas mungkin mereka akan berkecil hati.

Apa pun yang penting aku akan menjaga kebersihan tandas di rumahku. Walau pun sudah 2 botol clorox dituang ke dalam mangkuk tandas namun kesannya tidak hilang 100%. Bagai hendak pengsan aku melihat tandas-tandas di rumahku ketika aku mula-mula melangkah masuk ke rumah itu. Itulah gara-gara penyewa yang dahulunya budak-budak lelaki bujang yang tidak tahu menjaga kebersihan.

No comments: